Thursday, March 17, 2016

Jem rambutan

Satu hari nanti :)

BAHAN ASAS JEM RAMBUTAN
Bagi membuat Jem rambutan dicadangkan agar menggunakan rambutan Klon Anak Sekolah atau Klon Gula Batu kerana tahap kandungan gula yang tinggi dan tahap kemanisannya. Hanya rambutan yang cukup masak (Tahap kematangan Indeks 5 dan Indeks 6) digunakan dimana kadar kemasaman buah adalah pada pH 4.5- pH4.8. Buah tersebut juga ada kandungan pepejal larut sebanyak 15-17 Brix. Berikut ialah formulasi jem rambutan di cadangkan:


Isi rambutan di asingkan dari kulit
dan biji. Hancurkan dengan pengisar.
Formulasi campuran buat JEM RAMBUTAN
__________________________________________
a. Isi Bahan Rambutan - 35% (350 gram)
b. Gula - 56% ( 560 gram)
c. Asid Citrik - 0.4% (4 gram)
d. Pektin - 0.5% (5 gram)
e. Air - 8.1 % (81 gram)
_____________________________________
JUMLAH CAMPURAN 100% (1,000 gram)
* Air Tambahan - 5% (50 gram)
* Natruim metabisulfit - 0.01% (0.1 gram)

Campuran diatas dapat hasilkan 3-4 botol jem (Ukuran botol 240 gram) 

*dicedok dari blog animhosnan.blogspot.com

No comments: