Thursday, May 25, 2006

Jangan main mercun

Husband orang dah takde SMS-SMS lagi dah. Takde lagi lah stok geli-geli. Best jugak bila ada stok geli-geli ni, tapi bak kata sorang kawan kat Segamat, "bayangkan kalau mak kita kat tempat wife dia". Terus tak jadi. Takut diri sendiri pun terberada di tempat yang sama. Orang putih pun kata, 'what goes around comes around'. Versi melayu nya: 1) Dunia ini ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, atau 2) (versi bahasa pasar) Pusing-pusing, balik-balik kat situ jugak. Maaf lah takde peribahasa yang lebih klasik ala-ala Datuk Karam Singh Walia.

Banyak kekusutan lah hari ni. Ada satu dua yang selesai - e.g. cukai pendapatan, jadual kasar sapa nak ajar apa... Tapi ada BERLAMBAK lagi kekusutan yang menunggu untuk diselesaikan. Kalaulah kekusutan itu ibarat duit, mesti aku dah bawak Mercedes CLK sekarang. Paling cikai pun Honda Civic lah...

Tadi ada sorang rakan sekerja tanya, 'Tak cuti ke?'. Aku pun terbalas dengan 'Huh? Cuti?'. Katanya, 'Yelah dah hujung-hujung cuti semester ni orang ramai yang cuti jugak'. Aku terus terdiam. Terus teringat KK. Terus teringat janji pada diri sendiri nak balik Sabah masa cuti ni. Terus teringat aktiviti-aktiviti bawak mak pegi bank/KLCC/clubhouse/bayar bil dari pagi hari sampai petang hari. Atau paling cikai pun, aktiviti tukar-tukar channel Astro sambil kunyah Twisties. Lepas tu terus teringat surat-surat yang tak tertulis lagi, research proposal yang tak mula lagi, supervisor/pensyarah yang tak ditelefon lagi.... Semobile mana kita sebenar-benarnya?

Aku rindu dengan ke'bourgeois'an KK agaknya.

No comments: